Monday, November 01, 2010

Maajun Anggun Bistari (MAB)

Warning : lenghty post

Ok... remember my post on my family planning via MAB? Here's the part B - the concept, symptoms, usage and FAQ.

Notes : I tagged some of you at FB on this, feel free to untag. Tq.

Konsep & Cara MAB bertindakbalas

Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).

Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)

Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.


SIMPTOM AWAL/SEMENTARA TINDAK BALAS RAWATAN MAB

Buat anda yang baru mengambil MAB… berikut disenaraikan antara tindakbalas proses rawatan MAB.. (hanya segelintir sahaja yang mengalami simptom2 ini)

A) Period menjadi lintang pukang

-period mungkin akan berlanjutan lebih dari 7 hari.

-ada juga kes yang period datang 4 hari.. then stop 2 hari.. then datang semula..

pada masa ini MAB dalam proses merawat darah kotor dalam peranakan..dan darah tu dikeluarkan melalui period..

B) Rasa Mengantuk

-Selalunya akan di rasai pada yang mengambil MAB pada waktu pagi..

-Pada yang ambil malam… tentu tak perasan simptom ni sebab lepas makan MAB.. memang nak tidur..


C) Kerap kencing/buang air besar/ kentut

- MAB tengah buat kerja buang angin dan toksin la tu…


D) Pening kepala

- Adakalanya boleh membawa sampai demam

**MAB ni agak panas.. so disarankan banyakkan minum air masak.


E) Rasa berdenyut pada payu dara

- Ada yang berasa denyutan yang menyakitkan sehingga tak boleh nak pakai baju dalam

- Situasi begini selalunya di alami jika kita hampir didatangi period..begitulah juga dengan MAB.. bermakna, MAB sedang merawat tubuh kita

- Salah satu fungsi MAB.. menegangkan payudara.. so denyutan tu bermakna.. payudara semakin menegang.. wow.. mengancam la lepas ni.. hehehe


APAPUN ANDA TAK PERLU RISAU KERANA SIMPTOM-SIMPTOM INI HANYA SEMENTARA…

tempohnya bergantung pada tahap kesihatan dan ketahanan tubuh masing-masing…


OLEH ITU… diharap semua pengamal-pengamal MAB dapat bersabar terhadap tindak balas rawatan MAB ini…

Setiap usaha itu perlu ada kesungguhan untuk mencapai tahap kejayaan yang diinginkan…


Aturan Makan MAB

1. Bagi yang lepas pantang, mula makan hari ke 44 lepas bersalin

2. Bagi yang merancang sendiri, mula makan pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

3. Bagi yang ambil pil perancang ingin bertukar ke MAB, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period.. MAB juga boleh makan bersama pil

4. Bagi yang sedang merancang menggunakan cara IUD, kaedahnya seperti berikut:

i) Kes yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan

ii)Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period. Bila IUD sudah expired nanti boleh putuskan sama ada nak teruskan pakai IUD atau MAB sahaja

5. Bagi yang sedang merancang menggunakan Injection, Kaedahnya seperti berikut:-

i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada hari ke 3,4 @ 5

ii)Bagi yang tak period, dapat MAB boleh terus makan. Selepas expired injection, boleh putuskan utk terus sambung injection atau MAB sahaja

6. Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, REHAT selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya. Contohnya: Jika pil yang terakhir makan hari Sabtu, maka sambung semula botol ke 2 pada hari Sabtu minggu seterusnya. Jika makan pagi, botol ke 2 pun teruskan ambil pagi.. begitu juga jika ambil malam.

7. Bagi kes lupa makan, cara adalah seperti berikut:-

i) Lupa makan waktu malam, pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih juga lupa, maka malam kena ambil 2 biji sekali.

ii) Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti, jika masih lupa, maka pagi esok kena ambil 2 biji sekali.
 

1 - 10 bottles : RM15/bottle
11 - 20 bottles : RM14/bottle

Peringatan

Utk mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam sahaja. Oleh itu berhati-hati tempoh gap makan supaya tidak melebihi 24 jam, jika syarat ini tidak dipatuhi ianya kurang berkesan utk dijadikan family planning.

Jika sedang makan MAB didatangi period, jangan berhenti, terus habiskan 21 biji dan berhenti selama 7 hari sebelum sambung semula botol seterusnya.

Di awal pengambilan, MAB ni tidak boleh campur makan dengan ubat/produk berasaskan herba.. dikhuatiri akan menjejaskan kesan MAB..

Jika puan2 mematuhi aturan makan ini, insyaallah ianya dapat membantu sebagai kaedah family planning yang berkesan.


SOAL JAWAB MAB

Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?

Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belum berumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.

*****************************************************

Adakah saya perlu menghentikan pengambilan MAB apabila period?

Tidak. Jika anda didatangi period sedangkan MAB belum habis (21 biji/sebotol), teruskan mengambil MAB.

******************************************************

Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?

Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu (7 hari) sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, sambung botol seterusnya pada ahad depan.

*****************************************************

Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?

Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.

*******************************************************

Betul ke MAB boleh menguruskan badan?

Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.

Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan. Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.

Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.

MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.


Click my previous post on the benefits of MAB.

Feel free to leave a comment on this too.. ^_^

4 comments:

  1. Stella ~ dr ko ja ba tu. hihihi.. so far, ada 3 org sdh order. saturang utk conceive and lg 2 org utk keputihan.. :D

    ReplyDelete
  2. wao~ informative owh ni entry~ sa suka~ trus sy ada idea suda ni cemana klo suda kawin hahahaXD thanks for sharing the info~ *wink wink*

    ReplyDelete
  3. Glay ~ welcome... ba, nnt sdh kawin u know where to find me.. opps.. skrg pun buli for jg for ur mom ka ur sis ka.. ;p

    ReplyDelete

You're 'bout to corner... ;p