Thursday, December 08, 2011

Kimoterapi yang Pertama

My breast cancer journey!

Alhamdulillah sesi rawatan kimo pertama pada Sabtu lepas (3/12/11) berjalan dengan lancar.

Proses tersebut tidak la seteruk atau se-ngeri yang saya bayangkan. Mungkin juga ada nya chemo port yang memudahkan keseluruhan proses yang memakan masa selama 2 jam setengah.

Sebelum memulakan sesi rawatan kimo, saya terlebih dahulu berjumpa dengan Dr John. Beliau memeriksa bahagian luka pada chemo port saya. Beliau juga menenangkan saya agar saya lebih bersedia untuk menjalani kimo pertama saya.

Tepat jam 10 pagi, saya diminta untuk mengambil tempat di salah satu tempat duduk yang tersedia untuk pesakit yang akan menjalani kimo. Namun kerusi empuk tersebut tidak cukup untuk menghilangkan getar di hati. 



Nurse mula menjalankan tugas. satu-satunya bahagian yang paling tidak saya gemari ialah ketika pada proses permulaan utk menusuk jarum pda chemo port!! Arghhh..


jarum khas utk chemo port

Selepas itu, tiub2 hanya disambung pada tiub pendek yang telah disambung pada chemo port.



Bermula dengan dripping, kemudian saya diminta untuk menelan sebiji pil anti-vomit. Setengah jam selepas itu, lagi cecair anti-vomit disalurkan kepada saya melalui tiub. Setengah jam selepas itu pula, dadah kimo sebanyak 5  jarum 'gemuk' disalurkan kepada saya. Dua daripadanya berwarna merah dan tiga tanpa warna (jernih).

Kepala saya mulai berat dan perut mulai tidak selesa bila msuk jarum ke-4 dadah kimo memasuki badan saya.

Akhir sekali, saya harus menunggu selesainya 1 botol dripping dan kemudiannya proses 'flash' iaitu dengan menyalurkan sebanyak satu jarum kecil cecair tanpa warna sebelum saya dibenarkan pulang.

Ketidakselesaan pada kepala dan perut membuatkan saya tidur awal pada malam tersebut. perut seperti diserang gastrik. Sememangnya saya dibekalkan dengan ubat gastrik kerana ianya merupakan salah satu kesan sampingan dadah kimo tersebut.

Stok bekalan ubat selama 3 hari yang harus dihabiskan. Kebanyakkannya ialah ubat anti-muntah. Satu lagi ialah ubat gastrik dan yang botol itu ialah ubat kumur mulut (dry mouth)

Selebihnya sehingga ke hari ini, saya seperti biasa saja - seperti sebelum menjalani sesi rawatan kimo. Tidak ada apa yang menyukarkan saya. Tidak ada juga sebarang ketidakselesaan yang dirasai cuma agak lesu apabila menjelang petang. 

Semoga 'keselesaan' yang dirasai ini akan dirasai sepanjang sesi kimo saya. Insya-Allah..

Saya akan menjalani 16x sesi kimo. 4 sesi yang pertama setiap 3 minggu manakala selebihnya setiap minggu selama 12 minggu.

Dan seterusnya rawatan radioterapi selama 25x selama 25 hari berturut-turut!

Ya Allah.. Kau tabahkanlah dan kuatkanlah semangatku untuk melalui semua ujianMu ini ya Allah!

p/s : most of my friends who know bout my condition will surprise to see me who look really good - as if no sickness! Well, I don't think by looking sick will help, rite ppl! So, cheersss... :)

22 comments:

  1. Yeah just kalau tingu memng menakutkan kan..but Just tada pilihan kan instead endure it kan..for you own benefit..

    I hope u doing okey..i know u r strong just,,

    ok rehat banyak2 kio..ikut nasihat doktor.

    u always in my pray

    ReplyDelete
  2. Just do whatever the best for you. (^^)

    ReplyDelete
  3. Be strong my blog friend! We'll always support you no matter how far you are! :) :)

    Keep smiling and keep blogging with your updates!

    *hugs*

    ReplyDelete
  4. eB doakan utk u as alwiz, tc yer. hugs :)

    ReplyDelete
  5. aduii sy baca jak pun bkerut dahi sy mcm rasa sakit jga..but we know you'll be strong for this! :) ya rite cheerss~~ ^^,

    ReplyDelete
  6. You're one strong lady! Take care :)

    ReplyDelete
  7. Be strong sis...
    God Bless you all the way..
    Get well soon..

    ReplyDelete
  8. Hugs for you, Just. Teruskan kuatkan semangat ya. Will pray for your speedy recovery. Take care & rest well. :-)

    ReplyDelete
  9. don't worry..be strong n stay positif 'kay.. :)

    ReplyDelete
  10. glad to know that u are ok...ya just will pray for ur health...tapi sy mau tanya..kimo bukan yang ko baring then masuk dalam datu tube baaasar ka?

    ReplyDelete
  11. it is nice to know u okay seja Just... Thank GOD..harap2 berterusan begitu sampai yg last punya chemo.. :)

    ReplyDelete
  12. Yeah.. Cheers Up!! ^_^.v.. He he he.. :-).. Ko ok tu.. sa pasti.. Tu la sa bilang ko kuat.. so No problem.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  13. Take care just hope all of your sessions goin smoothly and leading to speedy recovery. You always in ma prayer. God Bless you...

    ReplyDelete
  14. Thanks to all of you! :)

    beaty - after this nda bikin takut sdh sbb tau sdh proses dia mcmana. tp yg nda suka bila dia cucuk tu jarum! arghhh... but then, no choice lor..


    belle - yg msk dlm tube besar tu MRI utk scan. :)

    Stel - sia pun mmg harap sia ok seja the whole chemo treatments.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hi Just, hope ko ok-ok sana.

    The jarum for chemo port bikin takut o. Lepas tu ada 16 sesi kimo? And then 25 days or radioterapi ka. Adui. Tapi ko kuat ba kan, Just.

    Sia paling suka ayat ko ni:
    I don't think by looking sick will help, rite...

    And thanks for sharing all this, Just. Supaya kami lebih familiar with it. And I pray for you, seriously.

    Have a great day!

    ReplyDelete
  17. Oh mcm tu pula rawatan kimo... Just a liquid kena masuk badan.... Saya ingat mau kena mcm xray gitu....

    Oh thank God you are doing fine with all the process... Keep the spirit up...

    Afui... Nda tahan saya tengok tu 'pipe'... O.+

    ReplyDelete
  18. be strong ya.semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  19. U're a strong momma!! Keep on fighting! ^_^

    ReplyDelete
  20. hye..awk kanser ape yer..saya pun kanser gak..lymphoma stage2..bru buat kimo yg first bulan1 hru tu..second kimo 13/2/2012 ni...tp 30/1/2012 ni sy kena ambik tulang sum2

    ReplyDelete

You're 'bout to corner... ;p