Thursday, October 04, 2012

Tentang Daddy

*Mode BM*

Bbrp hari ni, Lina bnyk post entry pasal Bapa dia. Aku heran mcmana dia bleh ingat bnyk tentang zaman kanak2 dia.. Sdgkan aku banyak benda yg tak bleh nak recall!! Huhuhu.. 

Dalam tak sedar, aku sendiri berfikir apa yang boleh aku ingat tentang Daddy. Kalau kamu perasan, aku mmg jarang share story pasal Daddy. 

So far, aku pernah sebut sedikit sebanyak tentang Daddy dalam entry INI dan INI. And aku pernah share entry INI utk segmen Guest Writer dalam blog Dianbizzcorner.

Jemput baca.. :)

So hari ini... aku ambik masa nak recall sebanyak mungkin yg aku mampu ingat tentang Daddy.

Daddy mmg agak garang dan kasar. Bila dah penat layan kami main, kalau kami nangis sbb terhantuk ke apa ke, dia mmg marah kat kami. 

Masa tadika, aku pernah jatuh sbb lompat dari tangga dan patah tangan. Daddy terpksa balik rumah dan bw aku gi hospital. Sebelum ke hospital, ditampar la pula muka aku sbb nakal sgt!! Huhuhu... 

Kalau aku jatuh pastu luka kat siku atau mana2 yg tak boleh disembunyikan, confirm aku akan lambat bgn keesokan hari sbb aku tak nak Daddy nampak. Takut kena marah. 

Kalau aku ngan adik aku main kat luar, confirm kami akan masuk rmh seblm Daddy balik kerja. Kadang2 kantoi jg. Dari jauh nampak kereta Daddy, terus berlari2 masuk rmh pastu bersorok bwh katil!! 

Ada sekali, tak ingat psl apa.. tapi Daddy marahkan adik. Diangkatnya adik dgn 1 tangan. Kepala adik hampir kena dgn kipas ceiling. Terkencing la adik aku sbb takut! kesian adik.. 

Tahun 1989, Daddy sdh mula jarang pulang ke rmh dan aku tak ingat bila tarikh keramat tu, tp yg pasti bermula dari tarikh tersebut, Daddy sudah tinggalkan kami bertiga dan mempunyai family baru. Daddy mmg lupakan kami terus. Tak pernah jenguk, tak pernah lawat, tak pernah bg duit, tak pernah ambik tahu!!! 

Aku pun tak ingat apa perasaan aku masa tu. Yg aku tau Mummy mmg sgt tertekan masa tu. Kesana kesini mencari info psl Daddy! Aku tak ingat brp lama keadaan kami (lbh kpd Mummy sebenarnya) yg mcm 'gila' seketika. Mummy akhirnya pasrah dan dpt menerima kenyataan tersebut. Mummy terpaksa bekerja keras utk memenuhi keperluan kami bertiga. :( Tapi, aku rasa aku bahagia walaupun tanpa Daddy!

Tahun 1995, tak ingat bila.. hari itu la kali pertama aku mendengar suara Daddy setelah 6thn! Mungkin disebabkan dendam yg terbuku, aku mmg tak cam suara Daddy! Aku pun tak tau apa mimpi Daddy nak call kami semula.

Disebabkan sekolah adik dekat dgn rmh Daddy, sekali sekala Mummy terpaksa minta tolong Daddy utk ambik adik kalau adik ada tuition di sekolah. 

Aku mmg seboleh-bolehnya mengelak utk bercakap dgn Daddy sbb aku mmg berdendam dgn Daddy. Tapi akhirnya aku mengalah juga bila aku mula masuk Kolej. Mummy dah tak mampu nak tanggung semua masa tu. 

Aku rasa sgt janggal utk memanggil dia "Daddy"! Bygkan betapa berdendam nya aku kat Daddy!

Bila nak berangkat ke UPM tahun 1999, Daddy last minit dtg jg ke airport hulur RM200 kat aku. Nasib baik la juga. Kalau tak, mmg aku bw RM50 jer dtg sini sbb mmg itu je yg mampu Mummy bagi. 

Selama study 3thn, ada la juga bbrp kali aku call minta duit kat Daddy. Bila minta RM200, dpt RM150. Bersyukur la jugak kan..

Bila nak kawin, Daddy ada la org yg paling last aku bgtau sbb aku nak convert! Ada jg hal lain yg Daddy tak puas hati issue kawin ni tp malas la nak share. Apa2 pun, semua dah selamat.

Gambar 'terbaru' yang ada Daddy hanya la gambar time aku sanding 5 thn lps.
Daddy yg pakai kot sebelah pengapit lelaki.
Yg lain tu uncle2 nak escort Daddy sbb ada issue skit!!
Geram pun ada masa ni.. huhuh..

Setiap kali balik KK, aku call la juga Daddy sbb nak pinjam kereta!! Hahaha... sambil2 tu bagi dia jumpa cucu2 dia. Tapi, Mummy bgtau Daddy mmg tak brp pandai nak layan atau dukung baby. 

Setakat ini saja yg aku bleh recall tentang Daddy. Selebihnya, aku mmg 'hilang ingatan'. Heheheheeh...


Mcm yg aku komen kat atas, kalau nak diikutkan hati, mmg aku sakit hati dan berdendam, tapi mcmana pun dia tetap Daddy aku. Kalau bkn Daddy, aku takde kat dunia ni dan takde la entry ini! Hehehe..

Happy Thursday ppl!

11 comments:

  1. I'm so touched with ur story. Whatever it was, we learned from the past :)

    ReplyDelete
  2. look like we all have daddy issue here Just. Sedih tp ah biar ja bah kan :(

    ReplyDelete
  3. i guess it's hard for you to remember those memories sbb ianya bknlah memori yg indah-indah..but i guess, God have a better plan for you and siblings. That is why He send him out from your life..

    hey! tough girl..jgn sedih2..semua itu pengajaran dan pengalaman yang kita ble terapkan dalam hidup kita skg kan..:)

    ReplyDelete
  4. Sedihkan klu dikenangan kisah lalu..huhu..

    ReplyDelete
  5. Lin ~ :(

    Edith ~ Exactly!

    Wen ~ nothing is impossible..

    Audeanor ~ ya ya.. biar ja! jgn pening2! hihihi..

    Lina ~ memori kana blok! heheheh... tp past is past.. :)

    Julie ~ ya kadang2 sedih jg kalau ingat balik.. :|

    ReplyDelete
  6. just sy 'kuries' o pasal sanding part...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. nnt cari masa kita crita kio.. :)

      Delete
  7. halo.....singgah sini dari kk.....so sad when i read ur story....but past is past....life must goes on orang bilang kan.......follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for dropping by and following.. yeah.. life must goes on.. :)

      Delete

You're 'bout to corner... ;p